Skip to main content

Universiti Sultan Zainal Abidin

Bismillahirahmanirrahim.

I miss this blog so damn much ! Haha, bukannya lawa pun blog ni. Sejak jadi penganggur tetap ni, sindrom malas tu dah naik cecah ke tahap INFINITI ! Apa-apa pun, tabiat malas tu dah kena buang secepat mungkin sebab minggu depan aku akan further study ke menara gading. *Are you what?! MENARA GADING?* macam kelakar je kan bila sebut statement tu. Yelah, dulu dok sibuk karang ayat BM 'belajar sehingga ke menara gading'. Sekarang ni rasa macam nak lempang je muka ni sebab tak percaya.

 Alhamdulillah. A big praise to our Creator for giving me this opportunity. Seriously aku sangat bersyukur. Well, mungkin aku tak dapat universiti yang aku nak, but but...Allah is the best planner you see. Tak kisah lah mana pun aku tercampak. Janji aku masih boleh sambung belajar.

Masa nak tunggu result UPU tu keluar dalam pukul 12 p.m. tu ( Jumaat-17 Mei 2013), punyalah hati tu dok duppp dapp menanti. Masa depan kot. Memanglah aku dapat masuk Kolej Matrikulasi Melaka, tapi aku masih ada harapan yang besar nak masuk U. Alhamdulillah, setelah bersabar dan sabar menanti website KPT tu loading macam siput tak cukup tonik, akhirnya aku dapat jugak masuk. Memang habis je solat zohor, aku terus buat sujud syukur. Bersyukur yang tak terhingga. Menjerit bagai nak gila tau tak bila aku tengok yang aku dapat course law dekat UniSZA. 

Wei, I tell you. Bila kau di offerkan course yang memang kau nak, kau nak tolak ke? Aku pun memang tak la kan. Walaupun aku tau yang UniSZA tu kat Terengganu, aku dah tak fikir panjang dah. Masa tu aku nak telefon semua orang. Kasi tau yang aku nak jadi orang Ganu. Woahh! Dahsyat gila kau Zeera !


Cantik kan pintu depan dia? Haha. Maap la ye. Belum masuk lagi. Tak boleh snap banyak-banyak. Ni pun atas belas ikhsan Uncle Google. Kampus Gong Badak ni dekat dengan laut. Agak-agak kalau aku homesick ke, aku terjun je laut. Sanggup ku redahi LAUT CHINA SELATAN, merentasi SELAT TEBRAU, supaya sampai ke SELAT MELAKA. *Zeera merepek*

Ada 2-3 orang kawan aku dapat masuk sini. Nasib baik. Yelah, sementara nak suaikan diri dengan persekitaran yang baru, dengan nak cari kawan baru lagi, kenalah ada sokongan. Ye dok ? Haha, banyaklah cekadak aku. Orang yang tercampak ke overseas tu boleh je hidup. Alasan je tu.

Minggu lepas mak ayah aku ambik cuti semata-mata nak uruskan barang-barang and dokumen penting aku. Letih tu tak payah cakap lah kan. Alhamdulillah, habis jugak aku beli barang. Walaupun agak teruji sikit kesabaran MAMA sebab nak pilihkan kasut aku. Yelah. Aku pun tak paham. Banyak-banyak benda yang aku cerewet, aku sangat memilih pasal kasut. Mama pun naik fed up. Padahal, pakai dekat kaki je pun. Baju pun aku tak kisah sangat.

Okay la kawan. Saya nak say tata dulu. Nak bersihkan hati, kurangkan imaginasi, tingkatkan prestasi, sebab nak masuk universiti. 

Assalamualaikum!


Comments

Farriz Minarwan said…
taking law?? currently doing degree la ney ea?

Popular posts from this blog

'L'earner to 'P'robationary.

Assalamualaikum peeps! Alhamdulillah, kenyang makan donat yang segedabak besar. Serius, tak habis setengah pun. Dahlah mahal. Satu singgit tau…kopak titeww~ Okay, stop merapik cerita pasal donat bagai ni. Dah selamat jadi fa***s pun kan? Haha, kita mai bukan nak ceghita pasai donat naa. Aku nak habaq kat hangpa yang aku dah buleh bawak hangpa jenjalan. *apa Azeera? Once again!* hesy, tak paham le tu. It means aku dah ada lesen kereta! Bukan ‘L’ tau, tapi ‘P’. Untuk uolls yang masih belum tu, jangan worry sangat (kau dah, boleh la kau cakap cenggitukan??) Jadi, bagi sesiapa yang nak booking aku untuk menJAHANAMkan kereta korang, please PM me okay? -_- Actually nak cerita pasal time aku nak amik test JPJ Jumaat lepas. Sungguh! That’s the sweetest moment I ever had berbanding time sebelum-sebelum aku belajar dulu. Cerita aku: Lepas mama pergi kerja, aku pun dok goyang-goyang kaki sambil bukak facebook. Tak kisah kalau tak siap awal sangat sebab aku punya test sesi ke...

Tamat.

Assalamualaikum readers ! Alhamdulillah...selesai sudah segala jerih, payah selama 5 tahun ni. Perghh..menguji ketahanan mental dan fizikal betullah. Diakhiri dengan paper Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah ,kami terus jadi macam ayam baru lepas kepak ! ( itu yang my maklong said to me la..) I'm gonna miss them all !

When I Say I Do...

Find someone who loves you well. Someone who never belittles you. Even in the heat of an argument. Someone who is gentle with you, but does not treat you like you are fragile. Someone who knows what you are capable of, and celebrates those pieces of you. Not someone who is intimidated by your strength. Someone who doesn’t make you feel guilty for being flawed. It is not love’s job to punish you. And remember the person you love is just as broken as you are when they fall short. No one is perfect – do not hold them to this standard. Find someone who is patient, forgiving, and apologetic. Someone who practices forgiveness freely and often. Love someone who is humble, kind, and empathetic. Not only with you, but with a beggar on the street, or a stranger in the supermarket. Common courtesy is important. Compassion is important. Kindness is important.