Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Si Popular & Si Kampung ( Part 1 )

Mitsubishi Evo meluncur laju dalam perkarangan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Sebaik sahaja kereta diparkir di hadapan kafe, seorang pemuda yang segak berkemeja hitam berjalur kelabu dan bertali leher keluar dari perut kereta. Beg sandang John Masternya ditempat duduk sebelah pemandu di ambil. Langkah diatur menuju ke dalam kafe. Segaris senyuman dihadiahkan kepada orang yang menyapanya.Matanya melilau mencari rakan-rakannya. “Zamair!” Ashraff menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya. Tiba-tiba, suasana di dalam kafe berubah senyap. Semua pasang mata tertumpu kepadanya. Mahasiswi-mahasiswi terus berubah laku. Menjadi lebih sopan. Zamair menjulingkan matanya ke atas. Ah, sudah… Laju langkah dia diatur menuju ke tempat rakan-rakannya. Punggung dilabuhkan di sebelah Wafiy. Bahu Ashraff ditampar. “Kau memang dengki dengan aku kan? Aku baru nak hidup tenang sem ni..”dengus Zamair. Ashraff meledakkan ketawanya. “Tak dengki bro, cuma nak membantu kaum hawa kat...

Pekerja Khidmat Sangkut.

Assalamualaikum wahai blogwalkers sekalian ! Mulakan hari dengan BISMILLAH..(apa la kau cik kak, dah tengah hari pun).HAHA. Putus fius sat naa..Hari Isnin hari tu, aku dengan secara rasminya telah dilantik sebagai.....PEKERJA SAMBILAN HARIAN ! Ngehngehngeh..macam tinggi nau jawatan tu. Lokasi pekerjaan terletak di cawangan pentadbiran, aras 4, KOMPLEKS MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA. Siapa-siapa lah kan nak datang, jumpa dengan MISS VOGY ni, dipersilakan dengan penuh rasa kembang-kuncup di dada untuk  buat appointment dulu.  Aku ada tempat sendiri, just tempat aku ni terlebih dahulu telah digunakan sebagai tempat meletak segala khazanah fail dan makanan..Tu yang menyampah tu bila ada makanan.Orang sibuk datang ambik itu, ambik ini.Habis konsentrasi I terganggu tau.=.='' WUARGHH....nguap kejap. Mengantuk pulak time tengah update pas kenderaan ni. Yela, duduk je kat tempat smabil menghadap laptop. Nak letak gambar ofis, tak sempat pulak nak ambik. Even datang pukul 7 pu...