Skip to main content

Si Popular & Si Kampung ( Part 1 )






Mitsubishi Evo meluncur laju dalam perkarangan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Sebaik sahaja kereta diparkir di hadapan kafe, seorang pemuda yang segak berkemeja hitam berjalur kelabu dan bertali leher keluar dari perut kereta. Beg sandang John Masternya ditempat duduk sebelah pemandu di ambil. Langkah diatur menuju ke dalam kafe. Segaris senyuman dihadiahkan kepada orang yang menyapanya.Matanya melilau mencari rakan-rakannya.

“Zamair!” Ashraff menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya. Tiba-tiba, suasana di dalam kafe berubah senyap. Semua pasang mata tertumpu kepadanya. Mahasiswi-mahasiswi terus berubah laku. Menjadi lebih sopan. Zamair menjulingkan matanya ke atas. Ah, sudah…

Laju langkah dia diatur menuju ke tempat rakan-rakannya. Punggung dilabuhkan di sebelah Wafiy. Bahu Ashraff ditampar.

“Kau memang dengki dengan aku kan? Aku baru nak hidup tenang sem ni..”dengus Zamair. Ashraff meledakkan ketawanya.

“Tak dengki bro, cuma nak membantu kaum hawa kat sini melepaskan rindu kat kau,”Ashraff dan Wafiy berpadu tawa.

Zamair mengangkat bahunya tanda malas mahu melayan kegilaan sahabat karibnya. Dia pantas mengeluarkan handphonenya.

“Korang dah register ke belum?”soal Zamair sambil menaip sesuatu di dalam handphonenya.
Ashraff tersengih memandang Wafiy.  Masa untuk jalankan rancangan…Wafiy berdehem sedikit. “Kitaorang dah register tadi. Tunggu kau punyalah berzaman…”Ashraff cuba menahan tawanya.

Zamair terus mengangkat wajahnya dari skrin telefon. “Aku kena tinggal la ni? Adoi, macam ni lah kawan..”rajuknya. Wafiy memeluk bahu Zamair.

“Kitaorang tak lupakan kau bro. Kitaorang ada surprise untuk kau tapi kau kena register dulu la,”Zamair memandang wajah Ashraff dan Wafiy silih berganti. Sebelah keningnya diangkat. Pelik dengan sengihan bermakna Ashraff.

“Apa agenda korang ni..”soal Zamair malas.Pantas Wafiy dan Ashraff menggelengkan kepalanya.

“Mana ada !”

Zamair bingkas bangun. “Kalau apa-apa jadi kat aku, korang siap!” dia memberikan amaran.
“Ye..ye…pergilah cepat. Nanti dah tak best surprise kau,” desak Ashraff. Zamair mencebik. Surprise la sangat..

                                            (¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)

 “Zamair Akmal bin Rauf,” Zamair mengetap bibirnya. Terasa geli apabila namanya disebut oleh anak dara tua universiti ini a.k.a ANDARTU LIMAH JONGANG. Memang siap dua mangkuk hayun ni kena kerjakan karang !

“Zamair, I dah lama bagi nombor phone I kat you, tapi kenapa you tak call I ?” Zamair memandang dengan penuh jengkel. Pelajar-pelajar yang beratur dibelakangnya tersengih-sengih.

“Cik Limah, kalau dah sudah, boleh tak bagi balik kad matriks saya tu?” Zamir menghulurkan tangannya. Limah Jongang memuncungkan bibir merahnya.

“Seksi tak bibir I? I baru beli lipstik baru tau. Just for you..” Limah Jongang mula menggedik di hadapan kaunter. Zamair menayangkan muka toya.

“Saya tak minat andartu,” Zamair merampas kad matriksnya dari tangan Limah Jongang.Muka Limah Jongang berubah riak. Zamair terus berpaling dan ingin melangkah pergi. Tiba-tiba, dia berhenti dan berpusing.

By the way, your lips is not sexy at all, my mom has the sexiest,” selamba Zamair mengutuk. Limah Jongang ternganga. Halimah Wudingbowo telah dihina oleh si jejaka idaman ! Dan Zamair terus pergi tanpa perasaan serba-salah.

Zamair pantas mengeluarkan handphonenya. Pantas dia mendail nombor Ashraff. Memang kena dengan aku sekor-sekor ni! Zamair menuju ke pintu utama tanpa menyedari seorang gadis sedang tergesa-gesa meluru ke dalam bangunan.

“Auch!” Buku-buku yang ada di tangan gadis itu berterabur. Zamair menekan perutnya. Terasa senak apabila dirempuh. Gadis di hadapannya dilihat dari atas hingga ke bawah. Gadis bertudung kelabu itu pantas mengutip buku-buku yang jatuh.

“Awak okey?” soal gadis itu. Zamair terpempan. Subhanallah ! Cantiknya dia! Dahi gadis itu berkerut. Aik, kena rempuh terus bisu ke? Jam tangan dikerling. Dah lambat!

“Awak, saya minta maaf, tak sengaja. Lagipun saya dah lambat ni. Assalamualaikum,” pamit gadis itu dan berlalu. Zamair menghantar kelibat gadis itu dengan pandangan.

Zamair tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, kakinya tersepak sesuatu. ‘ Budak tadi punya kot’ tekanya. Lantas, dia mengambilnya dan menyelak muka surat hadapan. Alisa Fatiha binti Mahmud. Bibirnya menguntumkan senyuman bermakna. Dia terus berjalan meninggalkan bangunan itu. Hatinya berbunga-bunga.

                                          (¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)

Comments

Popular posts from this blog

'L'earner to 'P'robationary.

Assalamualaikum peeps! Alhamdulillah, kenyang makan donat yang segedabak besar. Serius, tak habis setengah pun. Dahlah mahal. Satu singgit tau…kopak titeww~ Okay, stop merapik cerita pasal donat bagai ni. Dah selamat jadi fa***s pun kan? Haha, kita mai bukan nak ceghita pasai donat naa. Aku nak habaq kat hangpa yang aku dah buleh bawak hangpa jenjalan. *apa Azeera? Once again!* hesy, tak paham le tu. It means aku dah ada lesen kereta! Bukan ‘L’ tau, tapi ‘P’. Untuk uolls yang masih belum tu, jangan worry sangat (kau dah, boleh la kau cakap cenggitukan??) Jadi, bagi sesiapa yang nak booking aku untuk menJAHANAMkan kereta korang, please PM me okay? -_- Actually nak cerita pasal time aku nak amik test JPJ Jumaat lepas. Sungguh! That’s the sweetest moment I ever had berbanding time sebelum-sebelum aku belajar dulu. Cerita aku: Lepas mama pergi kerja, aku pun dok goyang-goyang kaki sambil bukak facebook. Tak kisah kalau tak siap awal sangat sebab aku punya test sesi ke...

Tamat.

Assalamualaikum readers ! Alhamdulillah...selesai sudah segala jerih, payah selama 5 tahun ni. Perghh..menguji ketahanan mental dan fizikal betullah. Diakhiri dengan paper Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah ,kami terus jadi macam ayam baru lepas kepak ! ( itu yang my maklong said to me la..) I'm gonna miss them all !

When I Say I Do...

Find someone who loves you well. Someone who never belittles you. Even in the heat of an argument. Someone who is gentle with you, but does not treat you like you are fragile. Someone who knows what you are capable of, and celebrates those pieces of you. Not someone who is intimidated by your strength. Someone who doesn’t make you feel guilty for being flawed. It is not love’s job to punish you. And remember the person you love is just as broken as you are when they fall short. No one is perfect – do not hold them to this standard. Find someone who is patient, forgiving, and apologetic. Someone who practices forgiveness freely and often. Love someone who is humble, kind, and empathetic. Not only with you, but with a beggar on the street, or a stranger in the supermarket. Common courtesy is important. Compassion is important. Kindness is important.