Skip to main content

Universiti Sultan Zainal Abidin

Bismillahirahmanirrahim.

I miss this blog so damn much ! Haha, bukannya lawa pun blog ni. Sejak jadi penganggur tetap ni, sindrom malas tu dah naik cecah ke tahap INFINITI ! Apa-apa pun, tabiat malas tu dah kena buang secepat mungkin sebab minggu depan aku akan further study ke menara gading. *Are you what?! MENARA GADING?* macam kelakar je kan bila sebut statement tu. Yelah, dulu dok sibuk karang ayat BM 'belajar sehingga ke menara gading'. Sekarang ni rasa macam nak lempang je muka ni sebab tak percaya.

 Alhamdulillah. A big praise to our Creator for giving me this opportunity. Seriously aku sangat bersyukur. Well, mungkin aku tak dapat universiti yang aku nak, but but...Allah is the best planner you see. Tak kisah lah mana pun aku tercampak. Janji aku masih boleh sambung belajar.

Masa nak tunggu result UPU tu keluar dalam pukul 12 p.m. tu ( Jumaat-17 Mei 2013), punyalah hati tu dok duppp dapp menanti. Masa depan kot. Memanglah aku dapat masuk Kolej Matrikulasi Melaka, tapi aku masih ada harapan yang besar nak masuk U. Alhamdulillah, setelah bersabar dan sabar menanti website KPT tu loading macam siput tak cukup tonik, akhirnya aku dapat jugak masuk. Memang habis je solat zohor, aku terus buat sujud syukur. Bersyukur yang tak terhingga. Menjerit bagai nak gila tau tak bila aku tengok yang aku dapat course law dekat UniSZA. 

Wei, I tell you. Bila kau di offerkan course yang memang kau nak, kau nak tolak ke? Aku pun memang tak la kan. Walaupun aku tau yang UniSZA tu kat Terengganu, aku dah tak fikir panjang dah. Masa tu aku nak telefon semua orang. Kasi tau yang aku nak jadi orang Ganu. Woahh! Dahsyat gila kau Zeera !


Cantik kan pintu depan dia? Haha. Maap la ye. Belum masuk lagi. Tak boleh snap banyak-banyak. Ni pun atas belas ikhsan Uncle Google. Kampus Gong Badak ni dekat dengan laut. Agak-agak kalau aku homesick ke, aku terjun je laut. Sanggup ku redahi LAUT CHINA SELATAN, merentasi SELAT TEBRAU, supaya sampai ke SELAT MELAKA. *Zeera merepek*

Ada 2-3 orang kawan aku dapat masuk sini. Nasib baik. Yelah, sementara nak suaikan diri dengan persekitaran yang baru, dengan nak cari kawan baru lagi, kenalah ada sokongan. Ye dok ? Haha, banyaklah cekadak aku. Orang yang tercampak ke overseas tu boleh je hidup. Alasan je tu.

Minggu lepas mak ayah aku ambik cuti semata-mata nak uruskan barang-barang and dokumen penting aku. Letih tu tak payah cakap lah kan. Alhamdulillah, habis jugak aku beli barang. Walaupun agak teruji sikit kesabaran MAMA sebab nak pilihkan kasut aku. Yelah. Aku pun tak paham. Banyak-banyak benda yang aku cerewet, aku sangat memilih pasal kasut. Mama pun naik fed up. Padahal, pakai dekat kaki je pun. Baju pun aku tak kisah sangat.

Okay la kawan. Saya nak say tata dulu. Nak bersihkan hati, kurangkan imaginasi, tingkatkan prestasi, sebab nak masuk universiti. 

Assalamualaikum!


Comments

Farriz Minarwan said…
taking law?? currently doing degree la ney ea?

Popular posts from this blog

When I Say I Do...

Find someone who loves you well. Someone who never belittles you. Even in the heat of an argument. Someone who is gentle with you, but does not treat you like you are fragile. Someone who knows what you are capable of, and celebrates those pieces of you. Not someone who is intimidated by your strength. Someone who doesn’t make you feel guilty for being flawed. It is not love’s job to punish you. And remember the person you love is just as broken as you are when they fall short. No one is perfect – do not hold them to this standard. Find someone who is patient, forgiving, and apologetic. Someone who practices forgiveness freely and often. Love someone who is humble, kind, and empathetic. Not only with you, but with a beggar on the street, or a stranger in the supermarket. Common courtesy is important. Compassion is important. Kindness is important.

Hello Working Lady !

Assalamualaikum and hello there ! Yeayyy akhirnya jeera kembali menjelma ! *aucakk* this is my first post since I left Unisza. Since I grad (wearing the very gedoboh robe and get my diploma) yeayyy ! And now... I'm here. As an official working lady. Jawatan kontrak kat jabatan kerajaan. Ha ha ha. Padan muka jeera. Sebab stuck in this miserable yet horrible life. Itu lahh, dulu berlagak konon kata "I'll never serve the government" but now? Here I am *ketawa besar* Acting as a legal assistant officer, nothing much about it. More towards advising, drafting, engaging with lawyers. Itu je. Ye lah, nak pi hadap kes dahsyat2, baik pi keja kat office lawyer kan? Aku rasa macam nak je request legal officer kat adamas tu supaya transfer masuk sini. Tak payah susah2 nak mintak advice lawyer luar lepas ni kan? Jimaaaaatt duit jabatan sebab tak perlu lagi consultation lawyer luar. Bagus jeera ada good-thinking macam tu haha. Padahal, satu je sebab dia. Officer tu muda dan he...

Workplace?

Assalamualaikum blogpeeps ! Hariku penuh ceria dengan kicauan burung-burung dan sinar mentari yang indah menembusi jendela. Can I start my entry with that phrase? Muntah 20 baldi jabb..HAHA, tak payah nak menggedik letak ayat macam tu. Tak sempat orang nak scroll ke bawah, terus dia cabut plag komputer sebab baca ayat sastera kau tu. Gigirls and boboys, hari tu kan aku ada cerita pasal tempat kerja baru aku tu kan? Haha, tup tap pejam celik, dah lebih sebulan aku bergelar seorang PEKERJA KHIDMAT SEMENTARA. And untuk uolls yang I dah janjikan nak kasi tunjuk adik manis ni punya tempat, tadi jugak I snap walaupun I agak MALU sikit *someone whispering, "kau reti malu gak ek?"* ciss punya olang~ Introducinggggg *bunyi gendang raya cina* my VERY BEAUTIFUL PLACE ! #kauhado? Rasa macam nak tampar je muka ni sebab tak percaya. Actually, tempat aku asalnya tak ada la terperuk kat belakang ni. First dulu tu aku dapat duduk tempat kat depan pegawai aku. Tapi, time aku t...