Skip to main content

Si Popular & Si Kampung ( Part 2 )





Ashraff dan Wafiy tersengih lebar. Zamair menjeling tajam. Geram.
“Chill la bro, kitorang dah lama tak sakat kau. Cuti lama sangat..”usik Ashraff. Zamair mencebikkan bibirnya. Sakat konon…

“ Sakit jiwa aku tau tak tengok perangai si Limah Jongang tu? Buat malu aku je.. dengan lipstik merah menyala, baju, skirt, kasut…semua merah ! Nak raya cina gamaknya,” bebel Zamair.
Ashraff dan Wafiy tergelak besar.

“ Kesian tau dia. Excited gila dia pagi-pagi make up untuk kau. Dah sebulan tak dating sama-sama kan…”
Zamair membuat muka loya mendengar kata-kata Ashraff. Buku yang ada di tangannya dibelek. Wafiy memandang pelik.

“ Sejak bila kau ambil course Law ni? “

Zamair mengangkat kening sebelah sambil tersengih lebar apabila mendengar soalan Wafiy.Tiada jawapan. Ashraff merampas buku yang ada ditangan Zamair. Dia menyelak muka surat hadapan.

“Alisa Fatihah Mahmud…,” sebaris nama itu meniti dibibir Ashraff. Wafiy yang sedang menyedut jus oren tersedak-sedak.

“ Kau ni dah kenapa? Macam budak kecil minum laju-laju ni,”omel Zamair sambil menepuk-nepuk belakang Wafiy. Wafiy pantas mengelap mulutnya dengan tisu. Dahinya berkerut. Aku salah dengar ke? Muka Zamair dipandang dengan penuh tanda tanya.

Ashraff menyelak isi kandungan buku itu. “ Kat mana kau jumpa budak ni? Freshie ke? “ soal Ashraff.
Zamair tersenyum lagi. Dagunya ditopang. Ashraff dan Wafiy memandang pelik. Aik, takkan jatuh cinta pandang pertama kot?

“ Masa aku lari dari anak dara tua tu tadi, aku terlanggar budak tu depan pintu. Well, actually she hits me first…”selamba air jus oren di dalam gelas Wafiy disedut.

“ Mula-mula, memang aku rasa berasap jugaklah. Sakit gila kut kena rempuh macam tu. Lain la kalau kena peluk ke apa ke, syok la sikit..” Wafiy menolak bahu Zamair. Main-main pulak..

Zamair ketawa. Ashraff menunujukkan muka bengang. Main pause-pause pulak cerita.. “ Then?” Ashraff bersuara malas.

“ Tapikan, lepas aku tengok muka budak tu, aku terus tak jadi marah. Serius bro, muka dia bersih, putih kemerah-merahan. Dengan mata dia yang galak cum bulu mata yang melentik tu, alahai…kalah Rozita Che Wan wei..” Zamair tersengih lebar. Dia cuba membayangkan kembali wajah manis yang ditemuinya sebentar tadi. Gila bayang ! Wafiy tekun mendengar cerita Zamair. Takkan dia? Dia menjeling ke arah buku yang ada di bawah lengan Ashraff. ‘Tapi betul la dia ambil course ni,’Wafiy bermonolog sendirian.

“ Muka beriman tu, kau jangan nak usha tak tentu pasal,” Ashraff mengusik. Zamair mengangkat kedua-dua bahunya. Namun, yang pasti, dia sudah terpaut pada si pemilik buku !ا

                                            (¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)


Ashraff berlari-lari anak menuju ke dewan. Sesekali jam tangan dikerling. Lewat! Mesti si mamat HOT tu bising nanti. Dari jauh, dia sudah lihat Zamair bercekak pinggang. Wafiy hanya tersengih. Padan muka kau!
Ashraff tercungap-cungap berhenti di hadapan Zamair dan Wafiy.

“ Sorry Mair, tadi aku…,”

“ Dah, cepat masuk. Nasib baik 5 minit je. Pelik lah aku dengan kau ni, biasa kau sampai paling awal..,” pintas Zamair sambil melangkah masuk ke dalam dewan.

Wafiy menjelirkan lidahnya. Ashraff memandang dengan penuh geram.

‘ Siap kau ! ‘ tiada kata yang terluah, hanya isyarat bibir ditujukan kepada Wafiy.
“ Best tak tadi duduk dalam toilet lama-lama?” usik Wafiy.

“ Ngek kau ! Kau kenakan aku eh?”

Zamair menoleh ke belakang. Ya Rabbi, budak-budak ni kan…

“ Ashraff ! Wafiy ! Cepatlah !” Zamair sudah melontarkan vokal yang maksima! Ashraff dan Wafiy terus berlari mengejar Zamair di hadapan.                          

                                          (¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)(¯`’·.¸(♥)¸.·’´¯)


“ Assalamualaikum dan selamat malam diucapkan kepada siswa dan siswi baru. Saya Zamair Akmal, pelajar tahun 3 fakulti kejuruteraan, merangkap ketua fasilitator anda mulai malam ini,” suara Zamair bergema di dalam dewan. Dan seperti biasa, kaum wanita yang agak terlebih dos gatal akan mula ‘merenyam’. Zamair terus memberikan taklimat tentang minggu orientasi yang akan dijalankan.

“ Sekarang, kita akan buat ‘ice breaking’. Setiap orang akan dipecahkan sebanyak 10 kumpulan.Baiklah,kita mulakan dari kanan saya,” tangan kanan Zamair menunjuk ke arah seorang budak lelaki.

“Satu!”

Zamair menanti sehinggalah matanya tertacap ke arah satu wajah. Alisa Fatihah.

“Tujuh,”perlahan nombor disebut tapi sangat jelas di pendengaran Zamair. Kumpulan tujuh. Bibirnya menguntumkan senyuman penuh bermakna. Dalam benaknya merancang siapa yang akan diletakkan sebagai fasilitator dalam kumpulan itu.

“ Ok, sekarang semua siswa dan siswi berpecah mengikut kumpulan masing-masing. Saya bagi masa hanya 2 minit! Cepat !”

Semua pelajar terus berpecah. Ada yang menjerit, berteriak memanggil ahli kumpulan yang lain. Ashraff dan fasilitator lain hanya tersenyum.

Tamat waktu yang diberikan, semua siswa duduk dalam bulatan kumpulan masing-masing.
“ Sekarang saya akan agih-agihkan semua fasilitator untuk setiap kumpulan. Tak ada pilih-pilih ya, ni bukan Jalan Chow Kit,” gurauan Zamair disambut dengan ketawa kecil mereka.

“Kumpulan 1 Faiz dan Natasha, dua Alif dan Tia, tiga Farhan dan Laila,” Zamair berhenti untuk mengambil nafas. “ Kumpulan 4  Ashraff dan Nadia, lima Azzam dan Puteri, enam Yus dan Lisa, lapan Zaidy dan Hazirah,sembilan Azrul dan Humaira dan last sekali sepuluh Firdaus dan Mia,” Semua pelajar terkejut. Seorang pelajar lelaki bangun dari tempat duduknya.

“Bang, kumpulan tujuh tak ada ke?”

Zamair menepuk dahinya. Lupa pulak, bikin segan je..  Wafiy menggelengkan kepalanya. Apahal pulak dengan si Zamair ni…

“ Sorry, terbabas pulak. Kumpulan 7 fasinya Wafiy dan Nadhirah. Okey, sekarang fasi boleh bergerak ke dalam kumpulan masing-masing untuk sesi ice breaking. Perkenalkan diri masing-masing,” arahan dikeluarkan. Fasilitator terus bergerak masuk ke dalam kumpulan masing-masing.

“ Abang Zamair…kenapa abang tak join mana-mana group? Fasi kami tu macam membosankan je…” adu dua orang pelajar perempuan kepada Zamair. Dahi Zamair berkerut seribu. Aik, belum mula apa-apa dah cakap bosan? Parah minah ni..

“ Tak boleh. Nanti orang lain marah,” jawab Zamair acuh tak acuh.

Rakan yang berdiri di sebelah pelajar tadi mula merapatinya. Senyuman menggoda dihadiahkan kepada Zamair, dengan harapan semoga Zamair cair. Kononnyalah..

“ Diorang tak boleh marah kat abang sebab abangkan ketua fasi.”

Pelajartadi tersenyum sumbing. Zamair mula meluat dengan adengan di hadapannya. Pelajar tadi di jauhi.
“ Memang saya ni ketua fasi dan tugas ketua fasi adalah mengetuai dan memantau program. Saya hanya akan masuk dalam group bila salah seorang fasi tak dapat hadir sahaja.Dan tak semestinya saya ni ketua tak ada orang boleh marah pada saya. Faham?” ayat dihujungnya ditekan sedikit. Susah nak cakap dengan orang yang fail bahasa melayu ni. Muka kedua-duanya berubah pucat apabila direnung tajam.

“ Okey bang, sorry,” pantas perempuan-perempuan ‘gedik ‘ itu kembali ke kumpulan mereka. Zamair menjulingkan mata ke atas. Pening dengan perangai budak zaman sekarang. Rambutnya diraup ke belakang. Dia mengerling ke arah kumpulan tujuh yang duduk agak jauh dari pentas dewan. Kelihatan Wafiy berbual mesra dengan gadis yang bernama Alisa Fatihah itu. Sesekali mereka ketawa kecil.  Zamair mengigit bawah bibirnya.

“ Aduh, si Wafiy pulak kacau line..” bisik Zamair sendirian. Dia berjalan menuju ke arah kumpulan yang di ketuai oleh Wafiy. Panas pula hatinya melihat kemesraan Wafiy dan gadis itu. Seperti sudah lama kenal. Zamair berdehem.

“ Assalamualaikum.”

Semua ahli kumpulan tertumpu ke arah Zamair. Wafiy berhenti ketawa.



Comments

Popular posts from this blog

'L'earner to 'P'robationary.

Assalamualaikum peeps! Alhamdulillah, kenyang makan donat yang segedabak besar. Serius, tak habis setengah pun. Dahlah mahal. Satu singgit tau…kopak titeww~ Okay, stop merapik cerita pasal donat bagai ni. Dah selamat jadi fa***s pun kan? Haha, kita mai bukan nak ceghita pasai donat naa. Aku nak habaq kat hangpa yang aku dah buleh bawak hangpa jenjalan. *apa Azeera? Once again!* hesy, tak paham le tu. It means aku dah ada lesen kereta! Bukan ‘L’ tau, tapi ‘P’. Untuk uolls yang masih belum tu, jangan worry sangat (kau dah, boleh la kau cakap cenggitukan??) Jadi, bagi sesiapa yang nak booking aku untuk menJAHANAMkan kereta korang, please PM me okay? -_- Actually nak cerita pasal time aku nak amik test JPJ Jumaat lepas. Sungguh! That’s the sweetest moment I ever had berbanding time sebelum-sebelum aku belajar dulu. Cerita aku: Lepas mama pergi kerja, aku pun dok goyang-goyang kaki sambil bukak facebook. Tak kisah kalau tak siap awal sangat sebab aku punya test sesi ke...

Tamat.

Assalamualaikum readers ! Alhamdulillah...selesai sudah segala jerih, payah selama 5 tahun ni. Perghh..menguji ketahanan mental dan fizikal betullah. Diakhiri dengan paper Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah ,kami terus jadi macam ayam baru lepas kepak ! ( itu yang my maklong said to me la..) I'm gonna miss them all !

When I Say I Do...

Find someone who loves you well. Someone who never belittles you. Even in the heat of an argument. Someone who is gentle with you, but does not treat you like you are fragile. Someone who knows what you are capable of, and celebrates those pieces of you. Not someone who is intimidated by your strength. Someone who doesn’t make you feel guilty for being flawed. It is not love’s job to punish you. And remember the person you love is just as broken as you are when they fall short. No one is perfect – do not hold them to this standard. Find someone who is patient, forgiving, and apologetic. Someone who practices forgiveness freely and often. Love someone who is humble, kind, and empathetic. Not only with you, but with a beggar on the street, or a stranger in the supermarket. Common courtesy is important. Compassion is important. Kindness is important.