Assalamualaikum readers!
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menconteng dinding blog yang tak berapa nak hot ni. *oops sorry cik Fara, jangan marah kita aa* Ececeh kau Zeera..
Well, actually, the main topic for today is tentang CARA BERKOMUNIKASI DENGAN WARGA ASING ( nampak dah thought pasal PATI berlegar-legar merayau kat atas kepala tu ! ) Hei ! Mereka yang dimaksudkan bukanlah 'Pendatang Asing Tanpa Izin' tu, but ini adalah foreigners yang sangat dialu-alukan untuk melihat betapa indahnya Malaysia ku tercinta ! Pheuwww~ tepuk sikit.
pelancong ( aik? BAIM WONG? ) *gambar hiasan semata-mata*
Hari Isnin hari tu, time dok tengah lipat baju yang berbakul banyaknya, ditemani oleh abang saudara yang sangatlah baik hati, sudi membantu, tifiba-tifiba, dia menanyakan soalan yang buatkan aku tersengih kambing.
Along : Macam mana kita nak cakap dengan orang indon eh?
Aku : *muka pelik* asal? Ouh, okay. Along nak cakap dengan mereka-mereka yang datang kenduri hari tu eh?
HAHA, aku pelik betul dengan mamat sorang ni. Kalau orang Jerman datang *for students' exchange la*, punya berabuk english dia cakap. Laju je, tak ada koma pun. Aiseyh, datang pulak si INDONESIAN, siap mintak tunjuk ajar kat aku, si HEROIN SINETRON. Cehh~
and bila diajukan soalan cenggitu, aku dengan penuh yakinnya cakap, " Along cakap je bahasa kita, mesti diorang faham sikit-sikit,". Along just garu kepala sambil tangan tu pantas je lipat baju. Aku kejar laju-laju. " Tu kalau diorang faham, kalau tak?" Aku sengih." Kalau tak, along buat tak tau je. Nanti pandai-pandailah diorang search kat google translate"
Punya baiklah kan jawapan yang aku kasi. Along pun diam je lepas tu. Tengah fikir kot .So, nasihat aku kepada sesiapa yang bakal jumpa mana-mana foreigners, preparekan la diri korang dengan english langguage yang MANTOP ! takpun, tengoklah banyak sinetron indon yang menduga kesabaran korang tu. INSYAALLAH, banyak kosa kata korang.
Adios Amigos dearies !
Comments