Skip to main content

'L'earner to 'P'robationary.


Assalamualaikum peeps!

Alhamdulillah, kenyang makan donat yang segedabak besar. Serius, tak habis setengah pun. Dahlah mahal. Satu singgit tau…kopak titeww~ Okay, stop merapik cerita pasal donat bagai ni. Dah selamat jadi fa***s pun kan?

Haha, kita mai bukan nak ceghita pasai donat naa. Aku nak habaq kat hangpa yang aku dah buleh bawak hangpa jenjalan. *apa Azeera? Once again!* hesy, tak paham le tu. It means aku dah ada lesen kereta! Bukan ‘L’ tau, tapi ‘P’. Untuk uolls yang masih belum tu, jangan worry sangat (kau dah, boleh la kau cakap cenggitukan??) Jadi, bagi sesiapa yang nak booking aku untuk menJAHANAMkan kereta korang, please PM me okay? -_-

Actually nak cerita pasal time aku nak amik test JPJ Jumaat lepas. Sungguh! That’s the sweetest moment I ever had berbanding time sebelum-sebelum aku belajar dulu.

Cerita aku:

Lepas mama pergi kerja, aku pun dok goyang-goyang kaki sambil bukak facebook. Tak kisah kalau tak siap awal sangat sebab aku punya test sesi kedua nanti. Pukul 11.30-1.00. Aku agak dalam pukul 9 Metro datanglah ambik aku. Tiba-tiba, my daddy ketuk pintu banyak kali. Bukak je pintu, aku nampak cikgu Asfa *my instructor* dah tunggu sambil tekan hon. Oh Mak Guard! Tak sempat ayah nak bebel panjang, aku dah berdesup lari masuk bilik air and mandi ala kadar. *ala kadar pun wangi tau*

Baju aku hentam kromo je. Pikir nak pilihlah yang cun sikit. Tapi, gosok pun dah tak sempat, capai jela mana yang nampak. Nak bergegar rumah tu aku lari. Naik atas, turun bawah, naik balik. Tudung pun pin dalam kereta. Mencungap kot aku. Pepagi dah marathon mengalahkan Watson Nyambek.

“Cikgu, mintak maap. Tak dengar tadi.”

“Sebenarnya cikgu kena cepat. Ada kerja kat Metro. Takpelah. Baru pukul 6.50.”

Dan cikgu pun pecut. Aku kat sebelah dah kecut. Seriau aku. Sampai je kat Metro, masa tu still gelap lagi. Aku rasa akulah calon pertama yang sampai kot. Ini dia..CALON CEMERLANG 2013! Huhu…cemerlang sangat..*tangan kat bahu*

“Azeera nanti tolong cikgu eh? Boleh tak?”

Aku senyum and angguk je. Oleh kerana diriku terlebih ‘cun’ hari ni, semua okay jee ^^ *hipokrit*. Aku kena tolong jaga pendaftaran je. Tapi agak kelibut sikit. Sebabnya, kita kena bagi tag sekali yang ada nombor calon. Hangpa bayangkan, ada 200 lebih calon nak test hari tu, include motor ngan lori. Tak ke haru? Aku pulak berlagaklah sementara jadi staf Metro. Hehehe, menggedik je kau JEMAHH~

Kalau nak ceghita apa yang berlaku sepanjang jaga pendaftaran tu, memang gomaknye korang kena sambung baca seminggu berturut-turut la. Dipendekkan cerita, aku punya nombor is 33. Dengar macam lambat je tapi tidak. Kejap je lepas tu, nombor aku kena panggil. Cuak kot aku! Cikgu Asfa ngan staf Metro yang lain semua wish good luck kat aku. Terharu gila! *haha, bajet popular*

Mula-mula kena buat bahagian 2 iaitu bahagian dalam- bukit, parking, tiga penjuru. Majoriti yang kantoi bahagian dalam ni time buat parking. Kalau dah tak lepas parking tu, say tata ajelah kat tiga penjuru. Abang JPJ tu akan suruh kau keluar dan sain je borang test yang menunjukkan tanda pangkah kat kotak ‘KANDAS’. Itu sedih. Sob..sob…sob…

Time aku nak buat bukit tu, budak chinesse laki yang sebelum aku tu dia pi letak kete sesenget-sengetnya! Aku geram je. Lepas tu, JPJ kat atas dah jerit suruh aku naik cepat. Sabar aje lah hati. Baru nak ejas sikit kereta tu, lagi sekali aku kena jerit. Hesy! Aku pun masuk gear and angkatlah klac tu sikit. Aik? Asal tak jalan ni? Angkat lagi sikit and tekan minyak. Terus tersengguk kereta tu bergerak naik. Cis, klac sangkut rupanya. Dasar kereta antik. Baik angkut masuk muzium je. Dah pulak tu, abang Adi (staf Metro) tengah jalan depan aku. Aku tak brek pun sebab dia dah kelam-kabut lari selamatkan diri. Haha, selamat kak Bedahh! :P

Sampai je kat atas tu, berhenti and kasi tau nombor. Baru nak ikut prosedur, tinjau tayar masuk ke tidak, sekali dia suruh jalan. Dah tu, pakai high pic pulak tu. Aku ni kan jenis cepat cuak. Dengan kereta antiknya, tersengguk-sengguk kereta jalan. Aku berhenti kat bawah tu sambil bebel.

“Cuak tau saya kena jerit macam tu.bla..bla…bla…,” JPJ tu sengih je. Dahlah tak ready! Ambik borang and terus pergi tempat parking. Kasi borang and kita masuk parking! Ni part feberet aku sebab aku expert gila part ni. Haha, tak sampai 2 minit dah masuk. Terer tak?*angkat kening* Kasi hon and thumbs up. JPJ tu pun thumbs up balik. Okay la tu. And aku terus keluar. Pi tiga penjuru. Ni pun kejap gak. Haha, yokyoo je, entah JPJ tu pandang ke tidak. Letak balik kereta cantik-cantik kat kaki bukit, and aku lari pergi kat tempat JPJ tu ambik borang.

“Asal muka awak macam takut je?” abang JPJ tu tanya.

“Takut tu tak adalah, cuak je.” Selamba aku jawab.

“Asal nak cuak? Kitaorang bukannya garang pun.”

“Muka macam garang je. Tu yang gerun sikit.”

“Haha, kalau kitorang gertak awak, awak nak buat apa?”

“Saya ambik borang ni lepas tu saya cabut.” Dan depa semua bantai gelak. Aku sengih kambing je. Yelah, muka dah lulus kena happy–go-lucky je. Punya lah happy jalan balik dewan sampai tak sedar lesen ngan IC dah tercampak entah ke mana. CICIR! Cari..cari…nasib jumpa. Punya lah jauh aku pusing. Rupanya ada kat tempat yang aku sedar benda tu cicir tadi. Perghh, bikin gua cuak!

Pergi makan, solat and tunggu untuk jalanraya pulak. Aduh, makin kecut pulak. Pergi masuk toilet 2-3 kali jugak lah. Pukul 4.30 petang, akhirnya nombor aku kena panggil. Masuk kereta nombor 8(viva tau!).
Abang JPJ tu muka serius gila. Mintak borang macam mintak barang dia je. Aku pun baca doa banyak-banyak. Kalau ada doa kasi tidur, aku nak je hembuskan kat dia. Biar dia terlena kejap ke…

“Awak jangan takut. Relax je.”

“Manalah saya tak takut, muka encik garang sangat.”

“Apalah awak ni, muka handsome macam ni awak kata garang?” dia gelak. Aku pun gelak jugak tapi tak melebih-lebihlah. Karang fail, menangis tak berlagu nanti. Sebelum jalan, buat apa yang patut. Macam cikgu ajar. Lepas tu aku pun jalan. Muka confident gila. Sampai kat jalan, aku pun tanyalah soalan. Nak nyanyi karang dikutuknya aku suara tak sedap.

“Umur encik berapa?”

“Awak rasa?”

“Awal 30-an ataupun hujung 20-an.”

“Hrmm, 30…”

“Pandai saya tekakan encik?”ayat bajet aku sudah keluar. Dia gelak je.

“Awak baru habis SPM kan?”

“Aah.” Dah terang-terang IC aku 95, masih mau tanya.

“Nama awak macam artis. Azeera Natasha,”aku gelak.

“Tulah cik, dulu sebenarnya mak saya nak letak nama Amelia Natasha sebab mak saya minat gila dengan penyanyi Amelia tu,” aku kasi tau walaupun tak penting. Radio tak boleh bukak sebab memang tak ada pun.

“So, bila nak kahwin?” what?! Kalau mama dengar soalan ni, confirm jelingan maut aku dapat. Aku sengih lebar time dia tanya.

“Lambat lagilah cik. Saya muda lagi tau.”

“Orang ramai kawin mudalah zaman sekarang ni.”

“ Mak saya suruh belajar, kerja baru kahwin.”

“Lambat sangat tu.” Aku still fokus kat jalan. Karang terbabas, bukan fail lagi dah, muka aku pun abang tu tak nak pandang.

“Kalau saya nak kawin pun, dengan siapa? Calon pun tak ada.”

“Awak tak ada boyfriend?”

Aku geleng. Dia tak puas hati.

“Tipulah.” Ada ke patut muka suci ni dia kata ada boypren? Ciss~

“Saya tak tipulah. Saya dulu sekolah semua perempuan. Kawan lelaki biasa pun tak ada. Encik dah kahwin ke belum?” cepat-cepat aku tutup cerita pasal aku. Tanya dia pulak.

“Manalah ada orang nak kawin dengan saya. Duit tak ada, rupa tak ada..” Aku toleh kejap.

“Yeke? Takkanlah muka hensem macam cik ni tak ada orang nak.” *macam mengayat pulak aku*. Dia pulak bantai gelak.

“Tak adalah, saya dah kawin. Anak dah 2.” Sengal! Baru nak test market. *gurau*

“Apalah cik ni, tipu saya pulak.” Macam ayat adik-adik aku kasi tau.

“ Mana saya tipu. Saya belum kawin untuk kali kedua,ketiga dan keempat. Betul apa?” Nilah lelaki. Pantang sebut pasal poligami. Gatal je lebih. No comment. Aku diam je.

“Apa pendapat awak kalau suami awak nak kawin lagi satu?” aku pandang muka dia. Apa punya soalan dey!

“Saya tak relalah cik. Walaupun saya tahu dekat syurga nanti, isteri yang rela bermadu tu akan dapat payung emas nanti, saya tak sanggup.”

Terus dia pusing badan sikit ngadap kat aku. Dia angkat kening.

“Awak tak bolehlah nak menidakkan hukum. Awak kenalah terima kalau suami awak nak kawin lagi satu.”

“Saya tak cakap pun yang saya menidakkan hukum. Cuma bagi saya, saya tak boleh terima kalau suami saya nak kawin lagi satu. Hukum Allah memang kita tak boleh ubah. Kalau saya tak mampu bagi apa yang suami saya nak, tengoklah dulu. Saya kasi atau tak. Kena fikir.”

“Kalau nak tunggu awak fikir, memang tak kawin la.”

“Memanglah. Siapa je yang sanggup berkongsi kasih cik…” aku memang benci gila jadi perempuan bila discuss pasal poligami. Lelaki mungkin akan tegakkan, dan perempuan biasa akan menentang. Kita tutup bab poligami. Abang JPJ tu tanya soalan lain pulak.

“Masuk U nanti awak nak ambik course apa?”

“InsyaAllah, law.” Sebab aku nak bidas orang yang berfikiran sempit tentang poligami ni!

“Law Syariah?”

“Aah.”

“See? Awak nak jadi law syariah tapi awak tentang poligami,” mula balik dah. Sabar jelah. Nak je aku pecut kasi cepat sampai kat Metro. Tapi had laju 50 km/j je.

“Saya tak tentang cik, tapi saya tak jugak terima. Saya duduk tengah-tengah.” Lepas tu dia diam. Aku malas nak cakap lagi sebab dah sampai Metro.

“Awak fail tau.” Serius je suara dia. Aku dah tayang muka sedih.

“Yeke cik? Saya nampak cik tanda kat kotak lulus tu.” Dia gelak.

“Nah, sain. Nanti awak doa lah saya cepat kaya, murah rezeki.” Aku gelak.

“InsyaAllah, ameen!”

Dengan muka ceria, aku keluar sambil lambai-lambai kat abang JPJ tu. Muka calon-calon lain pelik je. KEMESRAAN antara aku-abang JPJ jelas terpampang. Tapi, ada aku kisah? Janji lulus.

**the end**


Wohuuu!~ Best gila time amik lesen tu. Hilang terus debaran. Berkat doa mama, cikgu ngan semua, aku LULUS! Okay, panjang gila aku cerita. Ngalahkan cerpen kauu~ Nanti kita jumpa lagilah eh. InsyaAllah.


Adios Amigo dearies!

Comments

Popular posts from this blog

Tamat.

Assalamualaikum readers ! Alhamdulillah...selesai sudah segala jerih, payah selama 5 tahun ni. Perghh..menguji ketahanan mental dan fizikal betullah. Diakhiri dengan paper Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah ,kami terus jadi macam ayam baru lepas kepak ! ( itu yang my maklong said to me la..) I'm gonna miss them all !

When I Say I Do...

Find someone who loves you well. Someone who never belittles you. Even in the heat of an argument. Someone who is gentle with you, but does not treat you like you are fragile. Someone who knows what you are capable of, and celebrates those pieces of you. Not someone who is intimidated by your strength. Someone who doesn’t make you feel guilty for being flawed. It is not love’s job to punish you. And remember the person you love is just as broken as you are when they fall short. No one is perfect – do not hold them to this standard. Find someone who is patient, forgiving, and apologetic. Someone who practices forgiveness freely and often. Love someone who is humble, kind, and empathetic. Not only with you, but with a beggar on the street, or a stranger in the supermarket. Common courtesy is important. Compassion is important. Kindness is important.