Assalamualaikum readers!
HAHA. Lama gila tak jumpa ! (Adakah?) Abaikan je...Nak tau tak, hari tu aku pergi KPP kat Metro Driving Academy. Jauh kut dari rumah. dah la located kat Pulau Meranti. Keliling semua hutan belantara je. Bila aku cakap dengan mama, mama just cakap, " Nama pun pulau kakk~" Dehh...kalau nak lari pun tak tahu nak ke mana...
Kecengkeceng !Ni la tempat dia..Habis KPP 5 jam, aku pun dok mencongok kat situ sebab cikgu yang ambik aku tu tak habis mengajar lagi. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 6 potang...
Lotih badan den jang oi ! Ni minggu depan nak ambik test undang-undang rasa macam malas je..SABAR hati !
LANGKAH-LANGKAH UNTUK DAPATKAN PDL (!)
- Kursus Panduan Pemandu (KPP) ----> 5 JAM
- Ujian Undang-Undang
- Pra L (Amali + Teori ) ----> 6 JAM
- LDL ( Baru belajar bawak kereta ! ) ----> sekurang-kurangnya 8 JAM
- QTI ( Test dengan cikgu )
- Test dengan pegawai JPJ
- PDL ^^v
SUNGGUH ! Penuh rintangan dan panca haloba ! Tapi tak pe, oleh kerana aku dah kemaruk sangat nak bawak kereta, aku rela ! Dearies, doakan aku lulus test undang-undang KHAMIS depan !
Adios Amigos dearies !
Comments