Suka?
Gila?
Dua perasaan berbeza.
Aku jumpa dia untuk kali kedua dalam minggu ni.
Bukan skodeng,
tapi berdepan.
Hanya tuhan yang tahu macam mana lajunya jantung aku
berdegup masa tu.
Isnin,
Aku masuk dalam bangunan selepas balik dari kiosk tanpa
perasaan.
Scan pass,
dan masuk.
Tiba-tiba mata aku bertembung
dengan dia.
Dia tergamam,
aku pun.
Rupanya pass dia tertinggal,
dan aku datang tepat waktunya.
Dan hari ini,
aku jumpa dia lagi,
bertembung jugak,
kat depan pintu.
Bukan pintu bangunan,
tapi,
pintu kiosk.
Aku senyum,
tapi bukan untuk dia,
untuk budak di depan dia.
Comments