Skip to main content

Workplace?

Assalamualaikum blogpeeps !

Hariku penuh ceria dengan kicauan burung-burung dan sinar mentari yang indah menembusi jendela.

Can I start my entry with that phrase? Muntah 20 baldi jabb..HAHA, tak payah nak menggedik letak ayat macam tu. Tak sempat orang nak scroll ke bawah, terus dia cabut plag komputer sebab baca ayat sastera kau tu.

Gigirls and boboys, hari tu kan aku ada cerita pasal tempat kerja baru aku tu kan? Haha, tup tap pejam celik, dah lebih sebulan aku bergelar seorang PEKERJA KHIDMAT SEMENTARA. And untuk uolls yang I dah janjikan nak kasi tunjuk adik manis ni punya tempat, tadi jugak I snap walaupun I agak MALU sikit *someone whispering, "kau reti malu gak ek?"* ciss punya olang~




Introducinggggg *bunyi gendang raya cina* my VERY BEAUTIFUL PLACE ! #kauhado? Rasa macam nak tampar je muka ni sebab tak percaya. Actually, tempat aku asalnya tak ada la terperuk kat belakang ni. First dulu tu aku dapat duduk tempat kat depan pegawai aku. Tapi, time aku tengah *berposak-posak dengan fail-fail kat tempat stor tuh, tiba-tiba ada budak praktikal duduk kat tempat aku. And aku pun terus kena pindah kat belakang ni. Sob..sob..sob.. tapikan aku tak hado lah sodih bonau. Duduk kat belakang ni pun banyak advantagenya.

Contoh : *bukak fesbuk tanpa limit
              *blogging tanpa limit

Haha, bagus gilerkan advantage yang disebutkan tu?


ngehngehngeh, laptop kena bawak sendiri la ye, MSN tak kasi komputer untuk PKS dengan praktikal. Pepandailah kau hidup. Cuba zoom sikit. Macam kenal kan blog yang ada kat monitor tu?


inilah rupa bawah meja ku. *kesat ayak mata sat na* tak payah nak beranganlah nak goyang-goyang kaki ke, hayun-hayun ke, tiada ruang langsung bagimu~


err, ni bukan aku punya okey. Aku datang memang dah ada benda alah ni. Rasa nak jerit je, "Perhatian, ada sesiapa yang bukak restoran di sini?  Barang dapur tertinggalll!"



Alhamdulillah :), yang ni jangan pernah ditinggalkan. Kalau ada masa lapang, insyaAllah, aku cuba luangkan dengan baca Al-Quran. 


*this is special for you cik Fara Fiqa. *


Menggatal gila letak gambar yang agak menggediks tu. Serius utulah kali terakhir aku ambik gambar yang kunun-kunun manja tu. *asal gambar masa Form 5 lagi cunn ah? ( no 1 )* Kalau gambar yang no 2 ( atas ), tu gambar masa form 2. Haha, macam tak ada beza pun dulu dengan sekarang kan? Ngeee~ Kalau yang no 3 tu gambar masa bulan puasa Form 4. Aish, muka time tu terlebih suci pulak --' . And last but not the least lah kan, gambar yang sederet bawah tu. That's my latest picture halala >.<  ni semua request cik Fara tau ! *ekcelli da lama tak ambik gambar sendiri*

Meskipun aku dah kerja lebih sebulan, tapi aku tak dapat gaji lagi! Sedih... Baru nak berjola-joli dengan beli baju tau. ( mama cakap aku ni dah pandai melaram sejak habis sekolah ni )

Okaylah peepers, nak chow dulu. Adios Amigos !

TODAY'S DICTIONARY : 
*berposak-posak - bersusah-payah


Comments

Unknown said…
amek la gamba sikit yg da pandai melaram tuh :P
Jeera said…
haha, aku takut kau nangis je nanti tengok keterCUNan aku :P

Popular posts from this blog

First Entry

Assalamualaikum ! Ya Allah ! Penat kepala aku menghadap benda alah ni...Ini pun tak habis lagi...Aduhai~ Tak pe, demi blog, aku sanggup! *ececett,habis SPM, boleh lah cakap..* Okeyy la,saje je tulis ni..nanti-nanti la update. Tatata !

'L'earner to 'P'robationary.

Assalamualaikum peeps! Alhamdulillah, kenyang makan donat yang segedabak besar. Serius, tak habis setengah pun. Dahlah mahal. Satu singgit tau…kopak titeww~ Okay, stop merapik cerita pasal donat bagai ni. Dah selamat jadi fa***s pun kan? Haha, kita mai bukan nak ceghita pasai donat naa. Aku nak habaq kat hangpa yang aku dah buleh bawak hangpa jenjalan. *apa Azeera? Once again!* hesy, tak paham le tu. It means aku dah ada lesen kereta! Bukan ‘L’ tau, tapi ‘P’. Untuk uolls yang masih belum tu, jangan worry sangat (kau dah, boleh la kau cakap cenggitukan??) Jadi, bagi sesiapa yang nak booking aku untuk menJAHANAMkan kereta korang, please PM me okay? -_- Actually nak cerita pasal time aku nak amik test JPJ Jumaat lepas. Sungguh! That’s the sweetest moment I ever had berbanding time sebelum-sebelum aku belajar dulu. Cerita aku: Lepas mama pergi kerja, aku pun dok goyang-goyang kaki sambil bukak facebook. Tak kisah kalau tak siap awal sangat sebab aku punya test sesi ke...

3rd Sem

Assalamualaikum :) How's today? Is it better than yesterday?  HAHA. Familiar quotes. Nah ~ I hope something change. For example, my smile become wider for 1 cm or my shoes's size increase to 1 inch. Better to check your mental health Azeera, because something's not right. Sarcastic. Typical. Maybe. Seriously, I hate this semester. The subjects. The timetable. The assignments. Notes. Blablabla. Ahh, how grateful that I didn't hate the lecturers. Can you imagine that I've to be in the class at before 8 ? And as you know, I'm the typical who is 'easy' to wake up eaaarrrrlyyyy in the morning ! *please quoted that* ( lepas ni mohon jalan gi kelas hentak kaki sebab tak redha.) Emm. Should try it.